Sunblock & suncreen 101

I'm gonna share about why we NEED to wear sunscreen, the differences, and macam mana nak pilih sunscreen yang best untuk daily use.


I ada buat poll dekat twitter, about sunscreen.


Ada 6905 orang yang vote, (okay tak boleh la nak cakap result ni mewakili semua orang), and tak terkejut pun, 42% tak tahu yang kita wajib pakai sunscreen/sunblock SETIAP HARI.

Yes baby, everyday.

Kenapa kena pakai sunscreen?
1. Taknak sunburn/sun tan/gelap/hitam/terbakar
2. Taknak kulit berkudut and nampak tua
3. Taknak ada pigmentation / jeragat - Kebanyakkan punca utama jeragat ni, sebab tak pakai sunscreen.
4. Taknak kena skin cancer

Apa beza sunblock & sunscreen ni?
 Honestly for me, rasa macam sama je. Ada yg kata sunblock against UVB, sunscreen againts UVA. Ada juga yang kata sunscreen utk daily use sebab dia tak melekit, sunblock utk gi pantai sebab dia melekit and ada white cast. Ada juga yang kata beza dia ingredient, sama ada physical ataupun chemical sunscreen.

Tapi for me, sama. Fungsi dia sama. Untuk menghalang pancaran matahari.

The only difference, based on company tu la, nak bagi nama apa. Sun cream la sun screen la sun block la, takde mention pun ada jugak.

Ada beza ke chemical and physical sunscreen?

Physical sunscreen: Check ingredients, dia contains titanium dioxide or zinc oxide. Dia duduk atas kulit and pantulkan cahaya matahari.

Chemical sunscreen: Ingredients sunscreen tu ada either oxybenzone, octinoxate, octisalate and avobenzone. Dia create chemical reaction and ubah UV rays jadi heat, lepastu lepaskan heat daripada kulit kita.

Mana lagi elok? Physical sunscreen ke chemical sunscreen?
Ramai suka pakai chemical sunscreen sebab lagi lightweight and ringan. Physical sunscreen biasa ada white cast (yang nampak kelabu/putih kulit muka bila apply).

Tapi kalau kulit sensitive, atau acne prone, better pakai physical sunscreen sebab sometimes may cause irritation and clog pores. Macam mana nak tahu dia physical ke chemical? Again, check ingredient dia.

Apa beza UVA, UVB, PA, SPF?


UVA: Aging - Kena cari PA+++ supaya kulit tak aging (nampak tua, berkedut, pigmentation)
UVB: Burning - Kena pakai at least SPF30-50 supaya kulit tak burn.


Ni contoh pigmentation: 

Maybe masa muda, tak nampak sangat. Tapi tunggu tua sikit nanti.

Beza suntan dengan sunburn. Sun tan tu kulit jadi gelap. Sun burn, kulit jadi merah pedih.


Also read: Cara nak hilangkan sunburn (suntan sebenarnya, yang kulit jadi gelap)

Kalau setiap hari tak terdedah dengan matahari sangat pun, seeloknya pakai je sunscreen, supaya kulit kekal protected, cantik, tak berkedut ataupun tua sebelum usia.

Berapa banyak nak pakai sunscreen ni?
Seeloknya 1/4 tsp atau dua jari.

Banyak ni. Jangan pakai sikit sikit, nak jimat ke apa. Pakai banyak ni ok. Kalau pakai sikit, nanti tak dapat maximum protection. Kadang kadang ada orang cakap, dia dah pakai sunscreen, tapi kenapa burn lagi? Jawapan dia, maybe dia pakai sikit sangat, so tak dapat maximum protection.

Satu lagi, jangan lupa reapply every 3-4 jam. Kalau pakai pagi je, lepastu berjemur sampai ke petang, jangan complain jadi gelap pulak. Kena reapply tau.

Suncreen yang sesuai untuk daily use?
SPF30-SPF50 dah cukup dah.

Cara nak pilih sunscreen?
Pilih yang broad spectrum, maksudnya perlindungan daripada UVA & UVB. Macam mana nak tahu dia ada pelindungan daripada UVA & UVB? Dia ada tulis SPF & PA.

Contohnya yang ni, dia ada tulis SPF50 dan PA++++ so dia dah dikira broad spectrum. Settle.


Product recomendation! 
Yang ni semua from drugstore je, either Watsons or Guardian


I've tried Biore UV Watery Essence and I don't like because it dries matte. Suitable for normal or combination skin. Kalau oily skin, might be a bit greasy.

Semua sunscreen ni ada alcohol in it, some yang sensitive with alcohol might not like it. As for me, alcohol dalam sunscreen is okay sebab sebelum pakai sunscreen, dah pakai moisturizer apa semua so dah ada protection. I can't tolerate alcohol in toner or sheet mask je.

Other sunscreen related questions:

Kalau lotion / moisturizer / foundation dah ada SPF, kena pakai sunscreen lagi ke?
Yes, kena pakai sunscreen lagi for maximum protection.

Kalau pakai SPF80 untuk daily, boleh ke?
Boleh, tapi tak perlu.

Bila nak pakai sunscreen?
Lepas moisturizer, sebelum primer (kalau makeup)

Macam mana nak reapply kalau pakai pakai makeup?
1. Kalau duduk indoor, tak berjemur: Touch up pakai compact powder/foundation yang ada SPF pun cukup.
2. Kalau duduk outdoor/berjemur: Kena cuci balik makeup, apply sunscreen semula.
Atau paling senang, cari sunscreen yang spray je.

Kenapa saya dah pakai sunscreen tapi still burn?
1. Mungkin tak cukup SPF. Kena SPF30-50
2. Pakai sunscreen tapi jimat jimat. Kena pakai 1/4 tsp atau dua jari tau
3. Tak reapply sunscreen. Kena reapply setiap 3-4 jam

Duduk rumah kena pakai jugak ke?
Seeloknya pakai. I tak pakai sebab malas. Tapi, seeloknya pakai. Unless rumah tu gelap macam gua, tak buka lampu, cahaya matahari tak masuk langsung.

Kenapa saya pakai sunscreen, kulit rasa panas/melekit?
Cari sunscreen yang sesuai dengan kulit. Maybe sunscreen tu tak sesuai dengan kulit awak.


Thanks for reading! If you have other questions, just tanya je!

My instagram/twitter: @imanabdulrahim

17 comments

  1. do we still have to apply sunscreen even if we stay at home all day, never go out?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. you have to apply sunscreen SPECIALLY if you never go out.

      Delete
  2. it's so important to apply sunscreen! honestly I forget most of the times, but i know it's super important!

    honey, you have such an awesome blog! i'm following! i'd love if you could follow me too =)

    TheNotSoGirlyGirl // Instagram // Facebook

    ReplyDelete
  3. Salam kak iman. Tumpang tanya, kite pernah terbaca kak iman tweet kot pasal kalau nak solat kena guna micellar water untuk remove sunscreen tu;betul ke kak? Kalau betul kenapa ye? Ada bahan dalam sunscreen yg kita pakai tu tak tembus air wudhu' ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan sunscreen /sunblock bersifat kalis air. So sebaiknya remove dulu sunscreen/sunblock before wuduk. Takut air wuduk tak rata

      Delete
  4. Saya memang pengguna setia UV Biore Perfect Milk. Memang best sangat sebab kulit tak cepat berminyak and tetiba kulit jadi lebih lembut (seriously idk why). Tapi memang berbaloi! WAJIB CUBA hehehehe =)

    ReplyDelete
  5. akak, ingredients for corsx aloe soothing sun screen still has alcohol. is it fine for dry skin?

    ReplyDelete
  6. Yang ni pakai sunscreen untuk muka je ke? Untuk tangan macam mana?

    ReplyDelete
  7. Ade pencuci khas ke slps pakai sunscreen??.. kene cuci dgn cleanser shja atau dgn micellar water??

    ReplyDelete
  8. Sunblock ape yg akak recommend utk oily skin like me?

    ReplyDelete
  9. Salam dear Iman, can you please make a review on The Body Shop-Skin defence. Thank you

    ReplyDelete
  10. Assalam kak iman, sunscreen ni apply before or after day cream?

    ReplyDelete
  11. Iman. I use sunscreen Banana Boat. SPF 30++ je since I beli dulu tu masa pergi sunway lagoon so terus je pakai yg tuutk daily use. Ok ke? Thank you?

    ReplyDelete
  12. Kalau sunscreen tu dh tulis as a makeup base perlu lagi ke pakai primer??

    ReplyDelete
  13. if pakai kat tangan kena banyak tu jugak ke?

    ReplyDelete