Hello, welcome to www.imanabdulrahim.com. You can search about any topic here :)

Skincare ingredients that I avoid for my sensitive skin

I'm not a chemist / reti sangat pasal chemical dalam skincare ni tapi biasanya, I will ALWAYS try to at least baca review sebelum beli apa apa skincare sebab taknak membazir beli skincare yang tak sesuai dengan kulit.

Tapi biasalah chemical ni susah nak hafal. I pun tak ingat sangat apa yang okay, apa yang tak. So yang list yang biasanya I elak lah. Yang basic.







#1 Alcohol 
Alcohol ni selalu ada dalam toner and sunscreen/sunblock. Kalau yang I perasan lah. Alcohol ni bukan pasal dia haram, tapi sebab dia sangat lah drying and will always irritates my skin. Nanti jadi merah merah. Lagi lagi kalau dalam toner. Kalau oily skin, maybe okay lagi. Kalau dry skin, huh, pedih gila!



Contohnya sunscreen/sunblock Biore kan, memang rasa nak beli tapi ada Alcohol tu rasa berat hati.

Etude House Sunprise Must Daily SPF50+ PA+++ , ambil dari Hermo punya website. 

Padahal bila baca review, ramai cakap best untuk dry/combination skin. Tapi untuk sensitive skin, bila pakai rasa pedih.

Biore UV Aqua Essence SPF 50, ambil dari website Guardian Malaysia.


Yang ni.

Kalau untuk toner pulak, dulu I survey, this Etude House Wonder Pore Freshner memang banyak review best! Tapi bila baca ingredient, alcohol is the second ingredient, terus tak berani.



Taaaapi, orang yang ada oily skin, biasanya dia okay je dengan alcohol. Tak ada irritation pun. Yang kena berhati hati, orang yang ada sensitive skin. So, memang I will try to avoid skincare yang ada alcohol walaupun kadang kadang ada yang okay tapi nak selamat, I elakkan je lah. Sebab dia tak ada benefit apa pun. Lagi lagi yang high %. Tapi I try pakai sunscreen yang low % of alcohol, okay je.




#2 Parfum/fragrance
Yang ni pun selalu buat pedih jugak. I opt for products yang tak bau wangi kuat sangat. Yang bau natural je. Cari yang "fragrance-free", selamat.

Again, Biore UV Aqua Essence SPF 50 ni pun ada fragrance jugak. May cause irritation.

Ada banyak lagi skincare products yang contains fragrance/parfum ni, just baca je ingredients. Basically function dia, nak bagi product tu bau wangi je. Marketing purpose. I tak kisah product I tak wangi. In fact, I lagi suka bau natural. Sometimes dia bau herbal-ish sikit tapi for me personally, I suka!



#3 Apricot kernel
Yang ni famous dalam scrub, lagi lagi yang St. Ives Apricot Scrub.



This famous scrub. Bukan setakat sensitive skin je tak elok pakai, tapi yang ada acne laaaagi tak elok.

Why?
Sebab apricot kernel ni kasar, dan boleh koyakkan lapisan kulit kita, buatkan kulit kita lagi teruk! Lagi lagi yang ada acne, habislah luka, and terdedah kepada bakteria, makin teruk lah kulit.

Tapi dulu rasa seronok je pakai, rasa best sental kulit, semua kotoran keluar. Lagi sakit, lagi puas hati sebab fikir tu semua daki daki sel kulit mati. Tet. Wrong.

So please, avoid this.


#4 Essential oils
Contohnya citrus oil (lemon/orange/lime), lavender oil, rose oil, peppermint, tea tree oil. Kena try dulu, certain kulit okay, okay je. Tapi kalau kulit yang suuuper sensitive, yang ni maybe kena elakkan. And it is also know as skin irritant. Memang berpotensi untuk irritate kan kulit, depends on your skin.

Tea tree oil ni elok untuk kecutkan jerawat sebenarnya tapi kalau apply dekat seluruh muka, pedih lahaaaai. Sakit! Sebab tu kalau ada jerawat, and if you don't have sensitive skin, best sebenarnya sapu tea tree oil dekat jerawat. Terus kering jerawat tu!

I must admit, The Body Shop's Tea Tree range ni bagus and banyak review yang cakap best dan berkesan untuk hilangkan jerawat, kalau kulit korang tak sensitive dengan tea tree.

Kalau rose oil atau apa apa yang ada kaitan dengan rose, contohnya Fresh's Rose line,

Yang ni famous dekat Sephora. It can irritates my skin. Pedih.

Kalau facial mist yang ada rose tu pun pedih, plus bau dia macam spray air sirap dekat muka hahaha (or is it just me?) Tapi I reallyyyy can't stand lavender. I don't know why, my skin hates them. So I memang akan avoid. Terus jadi gatal gatal. 


#5: Sodium Lauryl Sulfate (SLS)

Yang ni banyak dalam cleanser. I personally avoid this sebab rasa dia tak bagi faedah pun dekat kulit and will cause drying. Ramai je yang pakai cleanser ada SLS. Contohnya Cetaphil Gentle Cleanser tu. I don't know why recommend yang tu, depends on your skin type lah kot? Tapi for me, I rather not kot.


Tu je lah setakat ni, ingredients yang I will try to avoid for my sensitive skin.

Lagi satu, kalau nak check ingredient dalam skincare, boleh try pergi website COSDNA and type je skincare korang. Nanti dia akan listkan semua ingredients (Pandai pandai la explore k haha)


How about paraben?
For paraben, I rasa okay je. Sebab dia preservative. Won't cause irritation or any harm to my skin. Lagipun ramai doctors kata okay je, unless your skin is allergic to paraben. Kalau nak avoid pun takpe. Tapi for me, I ok je dengan paraben.

Semoga membantu!