Hello, welcome to www.imanabdulrahim.com. You can search about any topic here :)

Maysaa demam (8 bulan)

First time Maysaa demam. Umur 8 bulan 3 minggu ++ :(

Kesian Maysaa anak Mummy demam tapi still nak main jugak




I noticed dia demam masa tidur, pukul 5 pagi terjaga and badan dia panas sangat! So straight away bagi susu banyak banyak and letak kain basah, lap lap badan.

Nasib baik duduk rumah parents masa tu, so tak risau sangat. Maysa tidur okay je, susu pun okay. Makan je dia tak lalu.

Pakai Kool Fever dekat dahi sambil tengok Ciksu merepek.

(I dah tanya doctor about Kool Fever. Doctor kata tak perlu sebab taktahu mechanisma Kool Fever macam mana. Tapi kalau nak pun, tak ada masalah. Cuma make sure lap lap badan kasi haba keluar)

Malam tu Maysaa still nampak demam, terus bawa pergi klinik.


Doctor kata tonsil bengkak, sebab tu dia tak lalu sangat nak makan. Minum susu okay je.

Doctor suruh makan ice cream bagi tonsil lega sikit.

 Terus Daddy Maysaa belikan ice cream. Ubat yang doctor bagi, ubat demam (Paracetamol) dengan ubat nak cairkan kahak sebab dada dia macam berat tapi tak ada batuk atau selsema pun.



 Ni ubat demam, warna orange.

 Ni ubat kahak. Awal awal makan ubat, okay je. 

Tapi esoknya, kena berperang. Sometimes dia muntah balik...

I ada jumpa tips nak bagi ubat, letak syringe tu dekat penutup puting botol, bagi dia senang sikit masuk. Tapi tak sempat nak try haha

The second day, sepatutnya I ada event tapi tak pergi sebab Maysaa makin panas, mata berair, hidung berair. Macam sakit mata pun ada jugak.


Manja Mummy. Nak tidur melekat je.

I asked my Kaklong (sister in law), kenapa mata Maysaa nampak macam bengkak since she's a doctor.

Rupanya Sofeea (cousin/adik beradik susuan Maysaa) pun sama jugak mata belah kiri macam sakit mata.

Kebetulan ke apa?

Tapi sekarang mata Maysaa dah okay dah, I pun taktahu kenapa.

By malam tu, Maysaa dah nampak happy and sihat sebab main dengan Tok Ayah & Nenek sampai berpeluh peluh sebab seronok sangat <3


Hari ketiga Maysaa demam, nampak macam tak demam sangat dah. Dah tak panas, dah boleh main, tapi still taknak makan.

Hari keempat, dah makan balik, dah main hyper balik, dah normal balik.

Hari ni hari kelima, semoga Maysaa makin okay and makan makin banyak <3

Kalau anak demam, terus jumpa doctor je. I tak ada tips. Ramai yang bagi tips, try mandikan dengan lemon, try mandi setiap 3-4 jam, semua tu I tak sempat try and semua baby lain lain. First time anak demam ni risau sikit tapi nasib baik tak teruk sangat. Demam nak membesar or tumbuh gigi agaknya.

Thankyou ramai yang doakan supaya Maysaa cepat sihat <3