Maysaa's first flight experience

Maysaa's first flight experience tapi bukan pergi jauh pun. Pi Kelantan je, tu pun sebab nak attend my sister's wedding yang belah lelaki.






Benda I baru tahu:
1. Baby still kena bayar tiket, tapi 50% je rasanya.
2. Tak boleh check in online, kena check in dekat kaunter or kiosk kat KLIA2.

So anyways, untuk flight pergi Kelantan, kitorang ambil flight pagi, so pukul 5 pagi dah keluar rumah. I budget, Maysaa tidur la sebab tu masa tidur dia.

Tapi dia taknak tidur. Muka je mengantuk. Macam biasa, I pakai carrier ergobaby. Senang nak handle Maysaa.




Managed to grab some food dekat Family Mart. Makan cheesecake ice cream pagi pagi pun boleh. Nasib baik sedap and RM3.50 je??? Berbaloi.


Some few tips I read about flying with a baby:

1. Pack barang barang baby baik baik -- nappies etc. Ala tapi ni 1 hour flight je, so I didn't put much effort in packing. Just her normal diaper bag je la.

2. During take-off and landing, biasa lah telinga rasa berdengung, time ni better bagi susu dekat baby.


Of course, duduk atas riba Daddy.



Baby pun ada seatbelt sendiri, attached to parent's punya seatbelt. The FA ada ajar cara nak guna. #BaruTahu

Bila sign kena pakai seatbelt tu dah off, I cepat cepat susukan Maysaa. Lepastu dia tidur atas Daddy, sampai lah landing. Settle.




On the way balik ke KL, kitorang seat asing asing. 17D and 19D. Ingat nak tukar seat tapi masa nak boarding, Maysaa dah tidur. Tapi flight delay lebih dua jam. Penat tunggu kat airport. I dah feed Maysaa banyak banyak, bagi susu, bagi makan so dia kenyang agaknya tu.


So Daddy je lah riba, I observe dari depan je. Selang dua row.


The whole journey, dari boarding sampai dah landing, Maysaa tidur. Rasanya lah. I taktahu, Daddy dia yang settlekan :P


Dah selamat sampai KL. Overall, tips dia, just bagi susu and tidurkan je lah. Tapi ni baby baru 6 bulan. Tak tahu la nanti dah besar, dah ada kaki ke. And 1 hour flight je. Hopefully jadi good girl sampai bila bila ye sayang :')

No comments