Skincare 101: Exfoliator

Today, I'm gonna share only the basics about exfoliation. Disclaimer, I'm not a professional tau. I'm just love reading about skincare. 






Sebenarnya, I have A LOT of notes dekat dalam phone about exfoliator. Bila baca benda baru je, I'll add in my notes sampai dah jadi panjang. Soooo, I'm gonna make this as a short note je. Macam note untuk revision belajar :P

Disclaimer lagi, I pun tak pandai sangat, so I explain yang basic je. BASIC. Yang I tahu gitu gitu je. Kalau nak lagi details, google sendiri. Kalau ada yang I salah, tolong betulkan. 

Exfoliate tu apa? Apa beza dengan scrub?
At first, I pun keliru jugak. Apa pulak beza ni. Basically, exfoliator ni proses nak buang sel kulit mati dekat kulit, tak kisah la muka ke badan ke. 

Scrub pulak, cara untuk kita buang kulit mati tu. Kita sental sental guna scrub, bagi hilang sel kulit mati tu. Ni namanya, physical exfoliate.



Chemical exfoliator pulak apa dia?
Kita pakai product yang ada AHA atau BHA, tempek je dekat kulit. Tak payah tonyoh tonyoh. Biar je atas kulit.

AHA & BHA tu apa?
Alpha Hydroxy Acid & Beta Hydroxy Acid. Okay kejap kat bawah nanti I explain.

Kenapa kita kena exfoliate?
Naturally, kulit kita memang boleh je singkirkan sel kulit mati sendiri. Hello, kulit kita kan terrer. Tapi bila dah tua sikit, hormon, asyik terdedah dengan environment, matahari, proses nak hilangkan sel kulit mati tu makin slow, kadang kadang dia stop terus.

Soooo, kita kena lah exfoliate GENTLY, lembut lembut je ok, supaya kulit kita nampak lagi bersih dan bersinar sinar!

Kalau tak exfoliate, takpe ke?
Kalau tak exfoliate, antara punca punca jerawat, pores tersumbat, dullness nampak kulit tak bermaya,  kasar, wrinkles semua tu, mungkin sebab tak exfoliate.

Lepastu bila pakai product lain, pastu semua orang pakai ok je tapi korang pakai tak ok, tu mungkin sebab tak exfoliate lah tu, kulit dah banyak sangat sel kulit mati, jadi tebal.

Kalau nak exfoliate banyak banyak, takpe ke?
Kena tengok keadaan kulit, kalau physical exfoliate better 2-3 kali je seminggu.

Kalau chemical exfoliate, depends on kulit masing masing. Kalau banyak sangat, nanti over-exfoliate pulak.

Macam mana nak tahu kita dah over exfoliate?
Bila rasa kulit merah merah, gatal gatal, kering sangat. Tu maybe dah over sangat lah tu. Exfoliate relax relax je please, kesian kulit kita.

Tak bahaya ke exfoliate pakai chemical???
Takkk! Chemical tak semua nya bahaya. Ada yang elok, air contohnya (H2O)

Mana lagi elok, physical ke chemical exfoliate?
Chemical lagi elok sebab dia tak kasar dekat kulit macam kita guna scrub biasa pastu tonyoh kuat kuat sampai merah (ke I je camtu???) and biasanya physical scrub ni boleh buatkan micro-tear, lagi lagi guna apricot scrub yang korang suka sangat tuuuu, memang rasa best sebab kulit rasa bersih tapi certain orang, again, CERTAIN orang maybe tak elok untuk kulit dia.

Tapi of course la physical exfoliator nampak lagi senang, gosok gosok je, bilas, siap!

Kenapa lagi elok pakai chemical exfoliate?
Selain function utama dia untuk singkirkan segala sel kulit mati, chemical exfoliate pun elok untuk:
- Kulit yang kering, nampak dull, uneven skin tone
- Kulit yang kasar, banyak parut jerawat
- Kulit yang berminyak, pores tersumbat, berjerawat


Ini beza AHA dan BHA.

Mana lagi elok, AHA ke BHA?
Depends on your skin, sebab dua dua fungsi dia lain.

Kalau kulit berminyak, berjerawat, banyak blackhead, pakai lah BHA

Kalau kulit tak bermaya, dull, banyak scars, pakai lah AHA

Macam mana nak guna AHA & BHA ni?
Masukkan dalam routine macam ni:


I normally opt for acid toner first, supaya pH kulit rendah and terus apply AHA/BHA ni.

Siapa yang tak perlu pakai AHA & BHA?
1. Orang yang malas pakai sunblock/sunscreen. Kalau korang tak rajin lagi pakai sunblock, sila rajinkan pakai sunblock dulu sebab AHA ni photosensitive, maksudnya kulit akan jadi lagi sensitive dengan matahari, nanti burn lagi teruk kalau kena matahari.
2. Orang yang malas pakai moisturizer or any hydrating product. Sebabnya, BHA is quite drying, nanti kulit makin teruk.
3. Beginners. Yang baru start nak pakai skincare, yang kulit dah teruk and baru nak cari solution, jangan terus jump into chemical exfoliate. Make sure product yang korang guna tu dah elok. Dah ada low pH cleanser, dah ada moisturizer, dah ada sunscreen, baru lah tambah chemical exfoliate.

Kalau yang baru lagi, follow basic skincare yang dekat sini dulu: Skincare routine

4. Pregnant & breastfeeding women. Chemical exfoliate ni tak elok untuk pregnant & breastfeeding women so consult your doctors first tau, kalau nak guna. Ada % yang boleh tapi nak selamat, better avoid.
5. Pemalas. Malas nak tunggu dia absorb. So tak payah la pakai kalau malas.
6. Tak ada masalah kulit. Tak ada parut jerawat, tak ada jerawat, tak ada whitehead, kulit cantik je berseri seri, tak perlu la pakai. Jimat duit :)


Kalau nak jugak degil, nak pakai jugak chemical exfoliate tapi basic skincare still malas?
1. Chemical exfoliate will cause purging. Depends on orang. Nanti mula la gelabah kenapa makin teruk muka.
2. Sunburn. Pakai AHA pastu tak pakai sunblock. Pastu pelik kenapa muka makin burn.
3. Mengelupas, pedih, merah merah. Dah tak pakai moisturizer, takde hydrating products (toner/essence/serum) pastu kesian kulit....
4. Tak nampak hasil. Dah beli mahal mahal sebab fuyoo banyak nya benefit chemical exfoliate ni tapi takde hasil. Sebabnya, yang basic tak settle lagi.

Boleh ke pakai chemical exfoliate setiap hari?
Boleh je. Tapi introduce slow slow. Contohnya mula dengan seminggu sekali. Lepastu selang sehari. Lepastu pakai setiap hari kalau kulit okay.

Macam mana nak start?
Pakai from the low % first. Pastu baru slowly cari yang high % sebab takut kulit tak biasa.

Contoh product AHA & BHA?




The Ordinary punya products boleh preorder dekat instagram, search je "The Ordinary Malaysia"

Cosrx boleh dapat dekat website Hermo, link: www.hermo.my

Paula's Choice boleh dapat dekat website Worthee Cosmetics, link: www.wortheecosmetics.com

(Disclaimer lagi, I am not paid from them, ni semua based on my suggestions je, tak semua kulit sesuai, kena patch test dulu)

(Disclaimer lagi, tak semua I pernah try/pakai/ada)

Boleh ke pakai dua dua?
Boleh je. Pakai BHA dulu, baru pakai AHA. Sebab BHA dia absorb sampai kedalam pores. So pakai BHA dulu, baru pakai AHA. Tapi, check kulit dulu. Takut over exfoliate! Better pakai selang sehari. Harini pakai BHA, esok pakai AHA.

Waiting time?
- Kalau cleanser korang tak low pH, tunggu 20 mins sampai kulit dah kembali ke pH asal, baru apply BHA & AHA.
- Kalau malas tunggu, pakai acid toner/pH adjusting toner pastu terus pakai BHA & AHA
- Lepas pakai BHA & AHA, kalau rajin, tunggu 15-20 minutes sampai dia dah absorb. Ada certain orang, tak tunggu pun, ok je. Asalkan dah absorb. I suka tunggu 20 mins.


Saya ni kulit combination/oily/dry, nak pakai AHA ke BHA?
Ikutlah apa goals korang. Kalau nak hilangkan jerawat and blackhead, pakai BHA. Kalau kulit dull or banyak whitehead, pakai la AHA.


Chemical exfoliate products yang I ada:

Cosrx BHA Blackhead Power Liquid tu sample je.

I ada review/first impression Cosrx AHA Liquid Power kat sini: Cosrx Sample Review

Apa apa pun, kena try sendiri dulu, apa yang sesuai dengan kulit sebab tak semua kulit sama.


Panjang dah kot ni.


Ok that's all. Thanks for reading!

6 comments

  1. I try to exfoliate every two or three days once.. and my skin feels pretty good...

    ReplyDelete
  2. Kak iman, I have oily & acne prone skin. Kak iman stated if siapa yg nak reduce acne scars pakai AHA but if siapa ada acne pakai BHA. So saya kena pakai AHA ke BHA (paling utama?) memandangkan saya oily & acne prone skin but goals saya nak reduce acne scars

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing dear! I love exfoliate my face, it gives my skin smooth and clean texture.

    ReplyDelete
  4. Hi Iman. Kalau sensitive skin boleh pakai chemical exfoliator tak?

    ReplyDelete
  5. St. IVES exfoliators are truly good, my favorite is the apricot flavour. But I stopped using it for my face, when it was banned in US due ti the micro beads, which causes serious skin damage. But St. IVES continue to make it. Now am using it for my feet only.

    ReplyDelete
  6. Kak iman, sy ad kulit normal tp tona kulit xsekata jd kalau sy nak beli toner which one is good to me? Can you suggest one to me ��

    ReplyDelete