Syampu Shurah Ariana

Bila dapat offer untuk review Syampu Shurah Ariana ni, terus I happy sebab I suka Shurah and boleh try and share dengan korang pasal syampu Shurah yang terbaru ni.



First of all, syampu ni semua sesuai untuk girls yang pakai tudung. I know, walaupun kita pakai tudung tapi mestilah nak kekal cantik and segar! Shurah Ariana ni ada empat jenis warna. Pink, kuning, hijau & biru. Semua warna striking kemain tau!

Yang paling penting, kalau rasa kulit kepala gatal, berminyak dan berbau, boleh try shampu ni. Pilih yang mana sesuai dengan masalah masing masing.



Syampu Pink (Lembut & Licin)
Bahan yang utama dalam syampu ni ialah buah tin dan buah delima. Syampu ni boleh melembutkan rambut dan membersihkan kulit kepala dari kesan minyak serta kekotoran. Dia ada kandungan bahan antioksidan yang tinggi supaya kulit kepala lebih sihat, walaupun pakai tudung.


Syampu Orange (Kawalan rambut kering & rosak)
Syampu ni ada pati buah oren & argan. Yes, argan memang elok untuk rambut yang kering dengan rosak! Dia ada juga minyak Jojoba, Vitamin A, B5 dan E untuk mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang supaya rambut jadi lebih lembut, subur dan bermaya. 


Syampu Hijau (Anti-kelemumur)
Is it only me yang rasa, asal warna hijau je, mesti untuk anti kelemumur. Dah banyak k syampu macam ni. Shampu yang hijau ni ada buah epal dan mint. Kalau mint ni mesti rasa berangin supaya kulit kepala rasa lebih segar. Diformulasi dengan bahan aktif Octopirox dan Menthol, dia dapat mengurangkan masalah kelemumur, kawalan minyak berlebihan dan tahap sebum lebih optimum.

Syampu Biru (Kawalan Rambut Gugur)
Dia ada pati buah beri dan minyak zaitun. Minyak zaiton & protein ni boleh menguatkan, memperbaiki serta melindungi rambut agar sentiasa lembut dan sihat. Bahan anti oksidan yang dalam syampu ni boleh menyuburkan dan menguatkan akar rambut serta mengurangkan kelemumur. 


Where to get?
Boleh beli dekat semua pasaraya dan farmasi utama seluruh negara 

Harga?
RM12.30 untuk 330ML dan RM7.90 untuk 170ML.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shurah dan rangkaian Shurah Pencerah, anda boleh layari:

Facebook Shurah Malaysia :www.facebook.com/ShurahMalaysia
Instagram : www.instagram.com/shurahmalaysia dan follow hashtag #shurahmy #shurahpencerah
Untuk pembelian di dalam talian: www.jetaine.com/shop

Thanks for reading!

No comments