Little Bean Food Processor First Impression

Sebelum Maysaa nak masuk 6 bulan hari tu, ada lah survey survey food processor apa yang okay untuk buat puree.


So, I bought this Little Bean Food Processor walaupun tak banyak sangat review yang ada, tapi try je lah.



Little Bean Food Processor Review


First impression, rasa macam ok je sebab at first nak buat style bebiasa je prepare puree ni, steam pakai periuk pastu blend je lah pakai blender makanan beli kat Giant tu ke kan haha harga pun rasanya less than RM50.

Untuk food processor ni, dia ada dua bahagian, satu untuk steam, satu untuk blend. I ada update dekat igstory.

Instagram @imanabdulrahim (haha sempat promote)

Ni tempat steam dia. Just potong pastu steam nak bagi texture dia lembut. Nak steam tu, kena letak air kat bawah dia, lepastu steam. Around 15-20 minutes je. 

Lepastu pindahkan dekat tempat blend pulak, and blend!


Personally, rasa a bit leceh sebab nak kena transfer pulak kalau nak blend. Ada certain food processor memang tak payah transfer kan? Dia steam and blend terus macam Autumnz. Harga pun lebih kurang, Autumz around RM200. Yang Little Bean ni RM170++.

(Tapi tak pernah try yang Autumnz punya, I assume je ni, correct me if I am wrong)

And this Little Bean Food Processor ni boleh jugak guna untuk panaskan balik puree yang dah frozen. Letak dia dekat dalam tempat steam tu je. Brand lain, I am not sure boleh ke tak.

I also bought this food freezer cube.


Ada 10 bekas. Harga RM14.00. Boleh la buat stock untuk Maysaa and bekukan dalam freezer. Bila nak, just ambil je satu, panaskan, and suap makan. So easy.


Stock makanan untuk Maysaa.

Overall, I'm okay with this product. Setakat nak blend and buat puree tu ok lah. Asalkan kerja I siap. Cuma leceh ada banyak parts nak basuh, plus sebab dia bukan steam and blend sekali gus.

We'll see macam mana this food processor bertahan in the future.

I bought both of them from the website motherhood.com.my , one of my fav website kalau nak tengok barang barang baby :)

Thanks for reading!

9 comments

  1. nak senang mmg pakai avent je..stim dan blend tu hanya terbalikkan bekas..so easy nk basuh dan guna..

    tapi mmg mahal sikit..bukan sikit..tp byk..hahahah

    ReplyDelete
  2. Best maysaa dah start makan puree.tak ada baby lagi so baca jela pengalaman mummy2 dulu hahahha

    ReplyDelete
  3. This is so convenient! Want to buy one to try :D

    ReplyDelete
  4. Yes, I agree a bit troublesome when you need to transfer from one spot to another spot.

    ReplyDelete
  5. Like blender or juicer, kalau banyak parts nak basuh, I memang rasa malas dah. All the best with your processor. Bertahanlah.

    ReplyDelete
  6. A bit leceh if you need to wash every part. I prefer all in one. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  7. Dah ada food processor ni, memang lagi bersemangat nak prepare baby food. Kitchen gadjet ni memang menggembirakan...lalalala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi part yang nak kene basuhkan serta banyak kerja sikit tu, memang kene bertabah.

      Delete
  8. this seems a good one for baby food. i wanna buy this for my friend... thanks for sharing - Racheal

    ReplyDelete