Beza Garnier Micellar Water Pink & Biru

Ini bukan entry review. Sebab review pasal Garnier Micellar Water ni dah pernah buat.


Beza Garnier Micellar Water Pink & Biru



I love Garnier Micellar Water sebab memang senang nak remove light makeups, really works, and the price is affordable!

Apa beza Garnier Micellar Water Pink & Biru?


Kalau berdasarkan packaging dia,

Pink: Untuk kulit sensitif
Biru: Untuk kulit berminyak & berjerawat

Yang warna biru, ada tulis "Pure Active".


Tapi bila I tengok list ingredient dua dua product ni, I ada perasan something.

Garnier Micellar Water Pink
Garnier Micellar Water Biru


Ingredients kedua dua product ni almost sama. Sebenarnya sama, kecuali yang warna biru ada extra satu ingredient which is: Alcohol Denat. Alcohol Denat ni biasanya sebagai solvent.

Tapi, alcohol denat ni berpotensi besar akan mengeringkan kulit!

Kesan dia, kalau kulit yang tak tahan, akan jadi kering, pedih, merah, irritated. Sensitive skin memang patut avoid alcohol denat. Dah la dia listkan sebagai bahan yang ke empat dalam ingredient so ada banyak percentage dia.


However, maybe oily-acne prone skin ni ada yang elok kalau pakai product yang ada alcohol denat. I'm not so sure myself. Tak semua alcohol tu tak elok. I'm only saying for alcohol denat tau.

So basically, if you have sensitive, dry skin, use the pink one. Even normal skin or combination skin pun ok je kalau nak guna yang pink. If you know your skin is okay with alcohol denat, can buy the blue one.

That's all. Thanks for reading!

6 comments

  1. Baru tahu beza dia. Ingatkan sama jer

    ReplyDelete
  2. Didn't know about the difference until read your post. Thanks for sharing this information.

    ReplyDelete
  3. already try both. tapi suka yang pink walaupun muka jenis berminyak huhu

    ReplyDelete
  4. Salaam kak iman kalau sunscreen tu ada alcohol denat tak ok jugak ke? Bio essence

    ReplyDelete
  5. dah try yg biru, and mmg xsuka. kulit jd rasa kering and naik jerawat. sy oily and acne prone skin .

    ReplyDelete