Bila boleh tahu jantina baby?

Masa mengandung ni, salah satu benda yang paling seronok dan tak sabar, mestilah nak tahu baby girl ke boy sebab nak start shopping!



Jadi, bila boleh scan untuk tahu baby girl ke boy?



Dulu masa awal awal pregnant, selalu google bila paling awal boleh scan jantina baby. Mostly cakap, atas 20 minggu dah boleh scan untuk tengok jantina. Sebab bila dah atas 20 minggu (5 bulan), baru nampak beza lagi obvious girl ke boy. Awal awal sangat, takut tak nampak.

Siap google cara nak tengok scan tu, girl ke boy. Kalau girl, nanti scan nampak bentuk macam burger sign, kalau boy, nampak bonjolan.



(Gambar from google)

Setiap hari study macam mana nak tengok tau! #gigih

Banyak faktor nak tengok jantina baby:
1) Air ketuban kalau sikit, susah nak nampak
2) Position baby, kalau baby kepit, sampai ke sudah memang tak akan nampak.

Tapi biasanya kalau tak nampak atau tak sure girl ke boy, biasanya girl sebab kalau boy, dia payah nak kepit :p


Banyak jugak cara orang nak tahu jantina baby:
1) Ikut perut melonjong(boy) ke membulat(girl)
2) Mengidam makanan manis (girl) ke masam/masin (boy) 
3. Alahan teruk ke tak

Tapi semua ni kebetulan je 


As for me, kitorang tahu jantina baby masa 17 minggu!


Masa pergi klinik 17 minggu tu, siap tanya doctor, "Boleh ke check gender?" . Doctor cakap okay dia try. Bila scan tu, doctor tanya, "Ha nampak tak, girl ke boy?"

Obviously girl :')

17 minggu = Around 4 bulan ++ dah boleh nampak dah jantina baby.

Walaupun orang kata kalau girl, susah sikit nak confirm kan. Sebab kalau boy, memang terus nampak, terang dan jelas. Tapi yang ni memang obvious! Takde malu malu langsung hahaha


Semoga membantu. Thanks for reading!

8 comments

  1. Cantik la blog kak iman. Simple and cute. Boleh ajar tak..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kite beli template ni from etsy. Try pergi dekat bawah sekali, ada tulis "Copyright IMAN ABDUL RAHIM. Designed by BloggerTemplate", click link kat situ :)

      Delete
    2. Thanks akak. Byk gila template cantik2.

      Delete
  2. Boleh tahu tak klinik mana awak buat antenatal checkip? Swasta ke kerajaan ya? :)

    ReplyDelete
  3. scan jantina kne scan 2D ke 3D ke 4D ye?

    ReplyDelete
  4. Boleh cek gune baking soda..xpayah tunggu scan..omputih slalu buat..result tepat..try google how to know baby gender using baking soda..

    ReplyDelete