First Aidil Fitri and Aidil Adha as husband and wife ♥

Raya Aidil Fitri 2015 was my first raya as a wife, and my first raya without my family. Few days sebelum raya tu, suami dah sibuk nyanyi lagu raya touching touching nak suruh nangis.

Kfine baby, fine.


So our first Raya kitorang dekat Terengganu. Pagi raya, siap siap, jalan kaki pergi surau sama sama. Lepastu bila balik, suami kata sunat balik lalu jalan lain. I was like, kayyy, nak kena lalu jalan jauh ke camne. Rupanya just lintas jalan je, asalkan laluan tu berlainan hahaha k baru tahu 

First raya Aidil Fitri together.

Biasalah malam raya nangis, pagi raya nangis, tengah mandi nangis, hahaha drama sangat tapi bukan sebab tak happy ke apa. Saja lah feeling nak nangis tu sebab first time kans. Sabar je lah dapat isteri bipolar kejap happy kejap nangis.



My family whatsapp gambar raya lepastu mintak gambar kitorang...

Asalnya gambar macam ni....

Lepastu edit jadi macamni... Pun boleh lah korang


Anyways it was fun raya dekat kampung suami. Boleh kenal family dengan lebih rapat, jenjalan Terengganu sebab pernah pergi sekali je, best lah!

Adik beradik suami. My in laws.

Pantai Batu Buruk belakang rumah. Setiap hari jalan kaki lepak pantai. Bestttt.


And everyone in Terengganu was nice, masak sama sama, main bunga api, yang paling penting DAPAT DUIT RAYA WOIH DAH KAHWIN PUN DAPAT DUIT RAYA OKAYSSSSS AND LAGI BANYAK DARI BUDAK BUDAK TAK KAHWIN LAGI 

Anddddd, because raya Aidil Fitri dah raya belah suami, raya Aidil Adha mestilah with my family. Kamonnn, kita kena bergilir gilir. Nangis sekarang!! Kemain seronok haritu tengok orang nangis, kali ni kita tengok siapa yang nangis hahahaha

First raya Aidil Adha as husband and wife. (KANTOI BAJU REPEAT)

Sedih sangat suami update instagram caption "Raya di perantauan" elleh perantauan sangat. *bagi tissue* 


Malam raya bakar bbq luar rumah.

Ok, survived! Next giliran, raya Aidil Fitri with my family pulak next year. Ikut giliran dia camtu lah. Tapi nanti kalau ada orang tu tetiba rasa nak balik kampung dia, kita tengok camne. Nak kena hafal giliran ni sebab nanti kang bergaduh raya belah mana hahaha AMBOI camtu rupanya rasa bergaduh nak balik kampung belah mana ye, selama ni tengok drama je.

Kitorang buat giliran raya ni since sebelum kahwin lagi hahaha biasalah lelaki suka guna kuasa veto dia, "Kalau awak nak kahwin dengan kite, raya first raya belah kite k?" Elleh padahal dia yang nak kahwin dengan orang, dia pulak yang buat rules hahaha

ok bye!

No comments